Monday, August 11, 2008

Ambil Alih...?

Pakatan ambil alih negara, tiada lagi penahanan dan bicara sewenangan
Jumaat, 8 Ogos 2008 • Kategori:
Berita Semasa, Berita Utama, Kenyataan, Nasional, Pusat

Oleh Anwar Ibrahim

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya.

Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum.

Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya.

Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

dipetik dari: http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/08/1224

Bayar...?

Kempen: Umno kena bayar RM218 juta
Aug 11, 08 10:07pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.


Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.

Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.

Sebagai reaksinya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata parti itu akan mencabar keputusan mahkamah itu.

Sambil menyatakan rasa tidak percaya dengan keputusan mahkamah tersebut, beliau berkata "Umno sudah tentu akan merayu."

Dipetik dari : http://www.malaysiakini.com/news/87620

Sunday, August 10, 2008

Siasat...?

Siasat S'pura bina jeti di Pulau Pisang
Aug 10, 08 5:22pm
Dakwaan pembinaan sebuah stor simpanan dan jeti oleh Pihak Berkuasa Maritim Singapura (MPA) di Pulau Pisang, perlu disiasat oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak melanggar perjanjian yang termaktub, kata Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan.

Anak Jantan...?

" Anwar bertanding untuk Parlimen 'Contoh' sebagai tidak ikhlas. Dia bukan mewakili rakyatnya. Kalau dia benar2 anak jantan atau mahu mewakili rakyatnya, tentu dia akan bertanding di kawasannya, Permatang Pauh. Keputusan Anwar bertanding untuk Parlimen 'Contoh' adalah tidak wajar kerana dia bukan mewakili rakyatnya. " - NOH OMAR